Owner Post Them Follow Dash



Atelophobia
Atelophobia;

Hi earthlings!


Hello!
I pour my heart and thoughts here
Pardon my words

Tagboard

⊰HOVER ME!⊱
Please do not spam my cbox. Please put your blog link so I can visit you back.
[POST CODE. WIDTH 219 HEIGHT 100]
[FORM CODE. WIDTH 175 HEIGHT 86]


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini

Kehidupan di UiTM Perlis


Hi, assalamualaikum. Hari ni aku nak share tentang kehidupan baru aku dekat UiTM Arau, Perlis! *muka eksaited* hehe. Aku dapat sini for 1st intake bulan Jun 2016. At first masa datang sini memang sedih sangat sangat sebab jauh dengan family.... ok ni nak cerita ni hehehe. takpa, sharing2 apa salah nya, ye dok?

Kenangan masa family hantar ke uni:
Masa tu satu family hantar aku dari kl ke perlis naik kereta tokcu proton wira 6 orang termasuk atok  ina. bayangkan lah sempitnya 4 orang dekat belakang (haha). Lepastu dah sampai sini kita tidur dekat rumah saudara abah iaitu Maklong (Mak cik Jai) dan Paklong (Pakcik....lupa lah nama dia. hihi sorryyyy) semalam je tidur situ sebab ibu planning nak hantar aku then terus balik kl. Keesokan harinya, tibalah masanya untuk family hantar mimi ke uitm.. My first thought was "this is gonna be a nightmare. how can i survive here?" sebab all the way here all i see were sawah and padi. harhar lawak. Masuk je gate A uitm... i was like "allah laa besarnya... mati lah aku nak berjalan ke sana ke sini.. kurus lah aku kat sini..." hahahaha at first lah. and then masuk pastu daftar kolej. So, mimi dapat kolej kesinai 2 which is 1 bilik 2 orang. masa tu aku masuk je bilik tgk katil ada dua and i was like "mati lah aku duduk sorang kalau roomate aku keluar atau weekend balik rumah... dah lah aku ni penakut" masa tu macam2 benda negatif aku fikir hahaha. sebab aku tak pernah duduk asrama dan tak pernah hidup sorang sorang :'(( selalunya dengan ara and icha(my sisters) ibu and abah pun selalu ada hmm.. tetiba sampai sini semua benda kena buat sendiri.

Then, tiba lah masanya berpisah dengan family... semua keluar kereta sebab nak salam salam nak peluk peluk. Masa tu sedih angat angat :'(( ibu, atok, ara, abah termasuk lah aku semua nangis haha. rasa cam tak percaya kena tinggal sorang2 dekat perlis.. masa tu, abah paling teruk nangis (hehehe sorry abah) yelah buat kali pertama duduk jauh sangat sangat dengan family. sebelum ni nak pergi camp kat sekolah pun abah susah nak restukan hahaha. ni kan pulak lepaskan ke perlis erm. pastu mimi kena masuk dewan... tak pandang belakang dah sebab takut lagi teruk nangis... so i just move forward. masuk dewan lap airmata lagi.. (kantoi nangis) haha. actually masa tu aku datang lewat, orang lain dah datang 2 hari lebih awal. so tak nak ah tunjuk sedih kang wat malu je hahaha.

Kenangan minggu pertama di Uitm:
Ya Allah aku rasa minggu pertama dan kedua adalah minggu paling teruk aku kat sini. sebab setiap malam aku akan nangis nak balik :'((( aku rasa sunyi sangat dekat sini sebab takda kawan lagi. roomate pulak asyik lepak bilik cousin2 dia.. sedih tau. nak pulak masa tu bulan ramadhan. first ramadhan kat sini... ya allah makan sahur pun boleh nangis tau. yelah, mana lah pernah aku sahur sorang2.. kt sini? :'( tak tahu nak ckp apa tapi memang takda mood langsung nak puasa kat sini haha. dalam otak asyik fikir nak balik je. Hari hari tengok kalender.. haha teruknya aku. Homesick tu memang teruk gila. Aku benci first and second week aku kat sini. rindu ibu abah atok ara icha...

Pengalaman 1 bulan di uitm:
Okay, so here I am now.... hihi. Alhamdulillah i finally make it to 1 month here. Alhamdulillah dah tak teruk sangat homesick. Alhamdulillah dah tak nangis dah. Alhamdulillah aku rasa aku semakin berdikari, Alhamdulillah jumpa kawan kawan yang amat membantu, baik baik, best best dan supporting, Alhamdulillah dapat lecturer yang best dan sempoi, Alhamdulillah I getting stronger now. Mungkin ada hikmah Allah letak aku jauh jauh. Sekarang baru aku sedar yang aku datang sini niat aku 1 iaitu belajar kerana Allah. Apa yang aku lalui ini adalah satu pengorbanan. InsyaAllah i believe Allah will pay my hard work.. bila dah sebulan kat sini, rasa macam kecik nya uitm perlis ni, takda lah besar sangat, eh best jugak dapat bilik 2 orang je takda lah crowded sangat, eh tak susah pun hidup berdikari hehe.. as long as you can take care of yourself everything will come easily. At first, I was nagging all the time but now i realized that Allah has planned something better for me here..

So now, I'm officially one of the UiTM student. Course Accounting Information System (AC120)
I am vice president of Faculty Accountancy Part 1 hehehehe (saja je nak berlagak) nak cerita gak.... dulu kat sekolah nak minta undi jadi AJK pun tak lepas erm (takda siapa nak undi kita). masuk uni amek kau, satu dewan undi aku jadi vice president hahaha. alhamdulillah terima kasih tapi... erm tanggung lah byk kerja. takpa lah satu sem je haha.

And to my friends or juniors who will be one of the university student, my advice is ALWAYS THINK POSITIVE. As long as you think positive, everything will turn out fine, insya allah. Allah will always be there for you and dont forget to pray, ok? :) Tq!